Sugar Glider ini berasal dari Australian, Indonesia serta sebahagian kepulauan Papua New Guinea.. Ianya adalah mamalia kendong/marsupial, yang mempunyai pertalian rapat antara Kangaroo, Wallaby, Possum dll.. Ianya merupakan haiwan omnivorous, yang mana akan memakan serba serbi.. Dietnya di habitat asal ialah serangga, buah2an, nektar debunga, telur2 dan anak2 burung serta burung dewasa.. Ia cenderung untuk menyukai makanan yang rasanya manis, sesuai dengan namanya.. Ianya hidup dalam kumpulan sehingga boleh mencecah 10 ekor.. Ianya merupakan haiwan nokturnal iaitu haiwan yang aktif di waktu malam dan pada waktu siang pula mereka akan tidur sepanjang hari di dalam lubang2 kayu/pokok.. Seekor Sugar Glider betina boleh melahirkan anak antara 1-2 ekor.. Jarang2 sangat nak capai 3 ekor.. Haiwan jantan pula akan menandakan wilayahnya dengan mengeluarkan bauan "musk" sebagai penanda.. Bau agak haring sikit hehehe! Anak yang dilahirkan pula hanya sebesar kacang hijau sahaja, anak itu akan memanjat ke atas perut ibunya sejurus selepas dilahirkan dan terus masuk ke dalam kantung ibunya.. Di dalam kantung tersebut ia akan menyusu sehingga ke 2 bulan.. Selepas segala tumbesarannya sempurna, baru ia akan mula memberanikan diri keluar dari kantung ibunya untuk meneroka dunia luar..
Bagi Sugar Glider yang saya pelihara ini, dietnya yang selalu saya berikan adalah;
1. Ulat roti/Mealworm
2. Buah2an segar seperti Epal, Mempelam, Betik
3. Isi ayam mentah (tanpa kulit)
4. Telur rebus (dipotong 2, berserta kuning telur sekali)
5. Bijirin seperti sekoi/sambau/kambu dan kuaci
6. Yoghurt apa jenamapun boleh, janji yang manis2(diberikan 2 minggu sekali)
12 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)